Friday, 17 October 2014

TUNING AIR FUEL RATIO (BAHAGIAN 1)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada kali ini,
Diharap pembaca sekalian dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.
Seperti yang dijanjikan pada topik lepas, kali ini saya akan kongsikan Bagimana untuk Tune Air Fuel Ratio.


Sebelum pergi dengan lebih lanjut, mari kita kenalpasti, apakah sebab utama Air Fuel Ratio perlu di tune. Jika kereta anda masih dalam keadan “standard” (tidak pernah diubah suai enjin), anda tidak perlu risau berkenaan perkara ini.
Tetapi jika telah “diusik” perkara ini anda perlu memberi perhatian dengan lebih serius.
Didalam dunia Modifikasi , terdapat barang pada enjin yang disebut sebagai 'Hardware'' dan juga 'Software'. Keduanya adalah berhubung kait, dan dibawah ini adalah jenis-jenis modifikasi yang biasa kita lihat:


Modifikasi Biasa, ialah menukar Air Filter, sama ada jenis Open pod, atau jenis kurang rintangan angin, menukar Spark plug dan Cabel Plug.






Modifikasi Advance ialah, menukar Camshaft Racing, Adjustable Camshaft Pulley, Injectror CC besar, Fuel Pressure Regulator, Upgrade Turbo besar, saiz piping Ekzos yang besar dan sebagainya.




Lebih Extreme lagi, Naikkan kapasiti enjin dengan menukar Piston yang lebih besar, tukar piston jenis High Compression bagi enjin NA, tukar piston tahan bertekanan tinggi bagi yang suka turbo boost tinggi, tukar Conrad Racing dan sebagainya.




Ini semua dilakukan bagi mendapatkan Kuasa maksimum dari sesebuah enjin. Semua yang yang saya terangkan diatas merupakan 'Hardware', namun perlu diingat, jika modifikasi tertumpu hanya kepada 'Hardware' sahaja, tanpa diusik 'Software' nya, kuasa yang dihasilkan oleh enjin tidak dapat dikeluarkan 100%.


'Software' inilah yang akan memberi campuran petrol dan udara yang sempurna sesuai dengan Modifikasi yang dilakukan. 'Software inilah yang akan memberi ketahanan enjin takkala enjin berteriak pada RPM tinggi. Dan 'Software' inilah yang memberi penjimatan penggunaan petrol walaupun enjin telah dimodifikasi dengan Extreme sekali.


Software yang dimaksudkan itu ialah ECU. Ya, Ecu lah otak bagi sesebuah enjin untuk memastikan enjin beroperasi dengan sempurna.


Bagi Enjin yang dimodifikasi biasa, ECU asal masih boleh digunakan kerana ianya tidak melibatkan timing enjin bekerja yang luar biasa, hanya Flow angin yang ditingkatkan, dan kekuatan api spark plug dikuatkan. Oxygen sensor masih boleh membuat Fuel Correction bagi memastikan bahan api yang mencukupi dibekalkan.


Namun apabila Enjin telah dimodifikasi secara Advance ataupun Extreme, ECU asal tidak boleh memberi bekalan campuran udara dan petrol yang tepat kerana, Timing bekerja enjin telah berubah sama sekali, kapasiti enjin juga telah menjadi lebih besar pada tahap modifikasi Extreme. Jadi Base Map (peta asas) dalam ECU standard perlu diubah bagi menyesuaikan apa yang telah dimodifikasi terhadap enjin.


Disini terdapat 3 pilihan bagi sistem EFI,


  1. tukar ECU asal kepada ECU RACING aka Stand Alone ECU (full programable ecu) seperti Haltec, Motec, Microtech, AEM EMS dan sebagainya. ECU jenis ini boleh diubahsuai MAP (peta) yang terdapat dalam ECU dengan menggunakan software yang dibekalkan. Ecu jenis ini juga boleh memilih REV limit setinggi yang boleh, Tiada Speed Limit, dan pelbagai lagi fungsinya yang menarik.

     
  2. Ecu asal di Tune semula aka RECHIP / Reflash



  3. Menggunakan Ecu asal tetapi memasang alat tambahan bagi memanipulasi data daripada sensor ke ECU. Sistem ini dikenali sebagai PIGGYBACK. Alat yang dimaksudkan ialah, Greddy Emanage, SAFC/ AFC Apexi, FCON HKS, AEM FIC dan sebagainya.



Bagi sistem Karburetor sama ada kereta atau motorsikal, Air Fuel Ratio boleh di tune dengan menukar Main jet, Slow Jet dan Mengubah suai Neddle Jet bagi mengubah bacaan Air Fuel Ratio yang sesuai.




Jadi, apakah pilihan anda diluar sana? Hehehehe, “tepuk poket tanya kemahuan” kata budak-budak sekarang ni. Bagi yang budjet besar, enjin pun telah Extreme Modification, tentulah full programable ecu menjadi pilihan. Bagi budjet yang biasa-biasa sahaja cukuplah sekadar sistem PiggyBack.


Rasanya, cukup setakat ini dahulu pendahuluan mengenai Tune Air Fuel Ratio, akan datang saya akan pergi lebih mendalam mengenai 3 pilihan diatas serta cara-cara untuk tune air fuel ratio. Mohon maaf jika tedapat percanggahan maklumat yang disampaikan, segala pandangan dan komen dialu-alukan.
Terima kasih kerana sudi membaca, Jumpa lagi pada Bahagian ke 2, Tuning Air Fuel Ratio.

0 comments:

Post a Comment