Monday, 30 November 2015

How to Connect GReddy e-manage blue

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ini saya kongsikan perkara paling basic utk emanage iaitu bagaimana nak connect Laptop dengan e-manage.



GReddy e-manage lama (jenis panjang) menggunakan cable usb dan seriel port (9 pin).
Untuk laptop/pc lama yang ada Seriel port tiada masalah dengan cable ni.
Tetapi, laptop baru sekarang ini semuanya usb port. Mcmana nak connect emanage?

 Mudah je, anda hanya perlu membeli di kedai yang menjual accessories PC.
1. Cable cucuk utk ke emanage (usb to seriel port (9 pin))


2. RS232 - usb adaptor . (pastikan install driver usb adaptor)

 * tak boleh ye cucuk usb-usb dari laptop ke emanage walaupun usb port sama.

Sambungan cable tu akan jadi mcm ni..



Lepas dah beli cable dan adaptor, download software emanage blue version 1.49 (sehingga version 1.1-jika perlu-)

PASTIKAN LAPTOP/PC ADALAH WINDOW XP.
PASTIKAN LAPTOP/PC ADALAH WINDOW XP.
PASTIKAN LAPTOP/PC ADALAH WINDOW XP.

Window Vista, Window 7/8, boleh, tapi biasanya akan ada masalah bila nak berurusan dengan emanage lama ni...

Lepas dah on Laptop/PC, cucuk seriel cable pada emanage dan RS232 adaptor sampai la ke Laptop/PC. "ON" kunci kereta. Buka software "GReddy e-manage support tool". nanti akan keluar pop up, ~ONLINE, emanage data loading~
Klik Ok.

Dah boleh masuk dan ubah data dalam emanage tu.. Jika emanage anda ada Security Pin, anda tiada pilihan lain utk Log masuk melainkan Clear MAP (emanage akan HARD reset-semua data dalam emanage hilang-)

OK, Mudahkan?
Sebarang persoalan boleh diajukan pada ruang yang disediakan..
Sekian...

Sunday, 29 November 2015

Shift Light with eManage Blue

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Diharap, para pembaca sekalian berada dalam keadaan sihat wal'afiat.
Kali ini, saya berkongsi tips bagaimana untuk membuat "SHIFT LIGHT" dengan menggunakan GReddy e-manage.


SHIFT LIGHT adalah lampu amaran yang dipasang pada kenderaan untuk menunjukkan kepada pemandu yang RPM maksimum telah hampir dicapai. Ianya sangat beguna kepada pelumba bagi memastikan setiap pertukaran gear dilakukan pada RPM yang mempunyai kuasa kuda yang tertinggi (peak BHP) bagi mengelakkan enjin Drop semasa pertukran gear dilakukan.


GReddy e-manage sebenarnya tidak mempunyai function mengawal Shift Light, namun terdapat TRICK untuk membolehkan kita menggunakan GReddy e-manage sebagai pengawal Shift Light dan ianya boleh dilakukan secara DIY.



Benda pertama yang diperlukan adalah lampu, dan ianya boleh digunakan sebarang lampu yang berkapasiti 12Volt. Nak mudah lagi, boleh je dapatkan di kedai Performace Part. 

Saya membuat sendiri Shift Light dengan menggunakan LED 12Volt (multicolour). LED ini mempunyai pelbagai warna. Ianya boleh didapati dikedai Electronic. Shift Light ini hanya menggunakan 2 wayar sahaja.


 Bagi membolehkan e-manage berfungsi mengawal shift light, JP5 dan JP6 (JUMPER) dalam e-manage perlu di sambung. Sebenarnya, JP5 dan JP6 ini berfungsi untuk mengawal Injector Tambahan (Sub Injector) dan saya gunakannya untk mengawal Shift Light.

Pada Soket Air Flow (connector 1) e-manage, kita perlu menambah/mengubah wayar untuk menyambungkan wayar dari Shift Light.


Saya tak menggunakan function Additional Injector, jadi wayar dari Additional injector diubah kepada Sub Injector. Dan wayar dari emanage, disebabkan saya menggunakan LED, maka wayar dari  negative LED saya sambungkan kepada wayar (pada soket) yang bertanda arrow biru diatas.




Additional Injector berfungsi dengan Signal Ground. Jadi satu lagi wayar (positive LED) dari Shift Light saya sambung kepada Positive Battery. (saya menggunakan sumber suis kunci ACC dan menambah Fuse 10A sebagai tujuan keselamatan).





Di dalam Software, kita perlu mengaktifkan Sub Injection Map didalam Parameter Setting dengan menanda v , dan click Confirm.


Sebagai percubaan jadi ke tidak Shift Light, saya masukkan nilai 50% Duty cycle pada RPM 1500 dan 100% duty cycle pada RPM 3000.



Cuba perhatikan dalam video bawah ini...

video

Apabila jarum RPM hampir kepada angka 1500, Shift Light mengeluarkan lampu klip-klip dan apabila RPM 2000 keatas, Lampu Solid. Ada macam ala-ala game Need For Speed tak?heheheh


Setelah "test" menjadi, saya mengubah 50% duty cycle pada 5500 RPM dan 100% duty cycle pada RPM6000 keatas.


 Kini, saya tidak lagi perlu melihat Meter RPM utk membuat penukaran Gear, bila lampu Klip-klip, saya bersedia utk masuk gear, Lampu Solid saya Shift Gear. :-)


Mudahkan?

Diharap anda dapat mencuba Trick ini, dan jika ada sebarang pertanyaan, boleh diajukan pada ruang yang disediakan.

Sekian...

Sunday, 8 November 2015

eManage Ori vs Tiruan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Diaharap pembaca sekalian berada dalam keadaan sihat dan ceria.
 
Kali ini saya kongsikan cara bagaimana untu mengetahui Original atau tidak sesebuah greedy emanage blue (model lama).

Jika kita "google" keyword "emanage blue imitation" sudah pasti keluar banyak gambar dan cara-cara untuk mengenal pasti perbezaan antara ori dan tiruan.

Sebagai contoh, gambar dibawah ini :

         credit to kereta.info



Namun, ada juga emanage tiruan yang menyerupai emanage ori 100% dari bentuk luaran. 
Jadi bagaimana untuk mengetahuinya?





Selain dari trademake Trust GSC-01,
Cara mudah adalah dengan melihat Integrated Circuit (dalam petak kuning). 
Emanage tiruan, Integrated Circuit petak sama panjang.


Kesimpulannya:


Emanage tiruan sama ada made in china atau taiwan, saya tidak mengetahui adakah berupaya mengawal 100% sama fungsi dengan emanage Original dan sejauh mana ketahanannya sebab tak pernah pakai pun.
Ada sesiapa boleh bagi review?

Clone emanage, AVS Fuel Ignition Controller - setakat ini, boleh dikatakan sama fungsinya dengan emanage original. Cuma pernah berlaku Setting dalam emanage hilang dan Ignition controller Fail. Tapi boleh ditukar dengan mudah dengan dealer AVS. 
Review saya - boleh dipakai.(ada  2 tahun warranty)

Setakat ini dahulu perkongsian saya, moga-moga ada manafaat. Sebarang persoalan, boleh diajukan pada ruang yang disediakan. Selamat beramal ;-)