Sunday, 29 November 2015

Shift Light with eManage Blue

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Diharap, para pembaca sekalian berada dalam keadaan sihat wal'afiat.
Kali ini, saya berkongsi tips bagaimana untuk membuat "SHIFT LIGHT" dengan menggunakan GReddy e-manage.


SHIFT LIGHT adalah lampu amaran yang dipasang pada kenderaan untuk menunjukkan kepada pemandu yang RPM maksimum telah hampir dicapai. Ianya sangat beguna kepada pelumba bagi memastikan setiap pertukaran gear dilakukan pada RPM yang mempunyai kuasa kuda yang tertinggi (peak BHP) bagi mengelakkan enjin Drop semasa pertukran gear dilakukan.


GReddy e-manage sebenarnya tidak mempunyai function mengawal Shift Light, namun terdapat TRICK untuk membolehkan kita menggunakan GReddy e-manage sebagai pengawal Shift Light dan ianya boleh dilakukan secara DIY.



Benda pertama yang diperlukan adalah lampu, dan ianya boleh digunakan sebarang lampu yang berkapasiti 12Volt. Nak mudah lagi, boleh je dapatkan di kedai Performace Part. 

Saya membuat sendiri Shift Light dengan menggunakan LED 12Volt (multicolour). LED ini mempunyai pelbagai warna. Ianya boleh didapati dikedai Electronic. Shift Light ini hanya menggunakan 2 wayar sahaja.


 Bagi membolehkan e-manage berfungsi mengawal shift light, JP5 dan JP6 (JUMPER) dalam e-manage perlu di sambung. Sebenarnya, JP5 dan JP6 ini berfungsi untuk mengawal Injector Tambahan (Sub Injector) dan saya gunakannya untk mengawal Shift Light.

Pada Soket Air Flow (connector 1) e-manage, kita perlu menambah/mengubah wayar untuk menyambungkan wayar dari Shift Light.


Saya tak menggunakan function Additional Injector, jadi wayar dari Additional injector diubah kepada Sub Injector. Dan wayar dari emanage, disebabkan saya menggunakan LED, maka wayar dari  negative LED saya sambungkan kepada wayar (pada soket) yang bertanda arrow biru diatas.




Additional Injector berfungsi dengan Signal Ground. Jadi satu lagi wayar (positive LED) dari Shift Light saya sambung kepada Positive Battery. (saya menggunakan sumber suis kunci ACC dan menambah Fuse 10A sebagai tujuan keselamatan).





Di dalam Software, kita perlu mengaktifkan Sub Injection Map didalam Parameter Setting dengan menanda v , dan click Confirm.


Sebagai percubaan jadi ke tidak Shift Light, saya masukkan nilai 50% Duty cycle pada RPM 1500 dan 100% duty cycle pada RPM 3000.



Cuba perhatikan dalam video bawah ini...

video

Apabila jarum RPM hampir kepada angka 1500, Shift Light mengeluarkan lampu klip-klip dan apabila RPM 2000 keatas, Lampu Solid. Ada macam ala-ala game Need For Speed tak?heheheh


Setelah "test" menjadi, saya mengubah 50% duty cycle pada 5500 RPM dan 100% duty cycle pada RPM6000 keatas.


 Kini, saya tidak lagi perlu melihat Meter RPM utk membuat penukaran Gear, bila lampu Klip-klip, saya bersedia utk masuk gear, Lampu Solid saya Shift Gear. :-)


Mudahkan?

Diharap anda dapat mencuba Trick ini, dan jika ada sebarang pertanyaan, boleh diajukan pada ruang yang disediakan.

Sekian...

0 comments:

Post a Comment