Wednesday, 13 January 2016

Emanage Rotary Switch Explanation

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Entri kali ini kami kongsi bagaimana untuk setting Rotary Switch untuk di setup sesuai dengan enjin anda yang mana jika salah setting rotary switch ni akan menyebabkan kerosakan pada ECU dan sensor.





Sebenarnya, rotary switch ni yang akan tentukan sama ada emanage blue ini boleh dipakai kepada enjin anda atau tidak. Jika enjin kereta yang anda pakai ada dalam manual book emanage, ianya mudah kerana telah diberitahu dalam tu. Contohnya enjin Honda B16A, rotary switch seperti dalam manual book adalah 2 8 A.






Bagaimana pula jika enjin anda tiada dalam senarai Manual book?
Caranya begini, Anda hanya perlu tahu apakah fungsi setiap 3 switch tu.
Switch 1 adalah jenis ignition system dan bilangan silinder.
Switch 2 dan 3 pula jenis sensor Air Flow yang enjin anda gunakan.





Selepas tu, padankan dengan spec enjin anda.

Contohnya, enjin mitsubishi Mivec 4G92:
Bilangan silinder : 4
Jenis ignition : waste spark/ group fire
Air flow sensor type : Pressure Sensor (sama mcm enjin B16A)

Jadi setting Switch 1 adalah = 3
Switch 2 dan 3 adalah          = 8-A



Contoh lain, enjin Myvi 1.3
Bilangan silinder : 4
Jenis ignition : individual coil
Air flow sensor type : Pressure Sensor (daihatsu)

Jadi setting Switch 1 adalah = 4
Switch 2 dan 3 adalah          = C-1 (lihat carta diatas)



Contoh lain, enjin toyota 4AGE 20V (101) silvertop
Bilangan silinder : 4
Jenis ignition : Distributor
Air flow sensor type : Flap type airflow meter

Jadi setting Switch 1 adalah = 2
Switch 2 dan 3 adalah          =4-7 (lihat carta diatas)
 


Contoh terakhir, enjin kelisa 1000cc
Bilangan silinder : 3
Jenis ignition : individual coil
Air flow sensor type : Pressure Sensor (daihatsu)

Jadi setting Switch 1 adalah = 1
Switch 2 dan 3 adalah          = C-1 (lihat carta diatas)



ok, setakat ni saja contoh yang boleh kami berikan, jika ada apa2 pertanyaan, boleh
bertanya pada ruang komen dibawah.

Sekian.

0 comments:

Post a Comment