Friday, 25 March 2016

OVERSQUARE ENGINE

enjin kereta

Enjin Kereta mempunyai karektor yang tersendiri. Ini boleh dilihat melalui spesifikasi Bore dan Stroke. Jika Saiz bore lebih kecil dari stroke, ianya dalam karektor "Undersquare". Torque tinggi, Hi RPM Lemah. Bila Bore lebih besar dari Stroke ianya dalam kategori "oversquare" dan dikenali sebagai hi rpm enjin. Pergerakan piston turun naik sikit je. Tu yang boleh "menjerit" pada RPM tinggi.



Kelemahan enjin ni adalah torque (daya kilas yang rendah), perasan tak enjin jenis ni biasanya menggunakan gearbox jenis "short ratio" @ final drive besar.. macam enjin VTEC B16A

enjin kereta

enjin kereta


Berbeza dengan enjin jenis UNDERSQUARE, menghasilkan torque yang tinggi, tapi lemah pada hi RPM 
 

Nak ceritanya disini adalah, untuk berjaya dalam melakukan modifikasi sesebuah enjin, kita perlu tahu jenis apakah kategori enjin. Contohnya mitsubishi 4G92 DOHC (Non Mivec) bore 81mm, stroke 77.5mm. Enjin ni jenis OVERSQUARE. Dan point setup yang sesuai adalah pada hi RPM. Jadi untuk memilih camshaft, perlu pakai jenis hi duration. Bila hi duration, power pada RPM rendah akan kurang. Untuk "balance", perlu gunakan piston jenis hi comp. Gearbox ratio juga perlu guna jenis short ratio. Barulah dapat keluarkan power 100% dari enjin tersebut.

Teringat dahulu zaman main motor EX5, masa tu popular buat "jack rod" (ubah crankshaft jadi lebih ke UNDERSQUARE) Piston yang digunakan bukan besar mana pun, tetapi bila dipadankan dengan piston hi comp dan custom lowcam (low duration hi lift camshaft) pickup "mencanak", topspeed pun laju, walaupun sprocket belakang saiz 28. Masa tu CDI std je..RPM dalam 9k.

Pointnya disini adalah "pomen motor" tu tahu mengguruskan kekurangan UNDERSQURE dan bijak menggunakan kelebihan yang ada.
Jadi untuk melakukan modifikasi enjin anda, kenalpasti dahulu kelebihan, dan gunakannya dengan "bijak".


Disini, disenaraikan enjin jenis OVERSQUARE...

Honda B16A/ B16B
Bore 81mm
Stroke 77.4mm
dyno tune


Mitsubishi 4G92 Mivec
Bore 81mm
Stroke 77.5mm

enjin kereta

Toyota 4AGE
Bore 81mm
Stroke 77mm
tune





Demikian lah serba sedikit mengenai karektor enjin. Seperti biasa, saya mengala-aluakn sebarang pertanyaan.

Sekian...









0 comments:

Post a comment