Tuesday, 14 June 2016

Boost Cut

 Enjin Kereta berkuasa Turbo memang menyeronakkan. Makin tinggi boost makin feel dan dan makin cepat enjin mencapai kelajuan. Tapi bila boost lebih je1 bar, kereta dah tersegguk-sengguk. Tak best kan?

Sebenarnya ada cara nak hilangkan Boost Cut ni sama ada pakai Engine Management System atau pun guna cara "Tradisional".

Sebelum itu, mari kita lihat apa punca sebenarnya terjadi Boost Cut ni.

Bagi enjin yang menggunakan Air Flow Sensor jenis Manifold Absolute Sensor (MAP Sensor), bacaan sensor ini adalah 0 hingga 5 volt. Contohnya bagi MAP sensor enjin Mira L2 bacaan vacuum masa enjin idling adalah +- 1.3 volt manakala maksimum volt pada boost paling tinggi adalah 4.9 volt@1.3 bar. Dalam sistem ECU terdapat Safe Limit bagi voltage MAP sensor iaitu pada +-4.6 volt. Jadi sebarang pressure/ boost yang membawa voltage lebih daripada 4.6 volt ECU akan Cut Fuel atau Cut Ignition.


Contoh MAP Sensor


Sebab itu terjadinya boost cut.

Sama juga kes enjin yang menggunakan Air Flow Sensor jenis Karman Vortex dan Hot Wire, semuanya ada limit tersendiri.



Jadi, bagaimana dengan menambah sistem Piggyback Engine Management dapat menghilangkan Boost Cut dari ECU?

Piggyback Engine Management akan mengawal Air Flow Sensor bagi mengawal Air Fuel Ratio. Ianya juga boleh membantu bagi menghilangkan Boost Cut.

Bagaimana tu?

Kita ambil contoh management SAFC, katakan full boost 1.3 Bar pada RPM 4000 hingga RPM 7000. Semasa full boost, bacaan Air Flow Adjustment dalam SAFC mesti Negative. Katakan semasa boost 1.3 bar, Air Flow telah ditrim (ditolak) 20% (dalam SAFC) dari bacaan Voltage sebenar MAP sensor (1.3bar @ 4.9 Volt - 20% = 3.92 Volt) Jadi sewaktu boost 1.3 bar SAFC akan menghantar 3.92 Volt kepada ECU dan tiada lagi terjadinya boost Cut. Tapi, pastikan saiz Injector cukup besar untuk support keperluan Fuel bagi mengelakkan Air Fuel Ratio menjadi "lean" yang boleh meosakkan enjin anda.

Sama juga kes ini bila menggunakan emanage, AVS dan lain-lain Piggyback System, anda boleh gunakan function "Boost limiter Cut Setting" (jika perlu)


Jika anda tiada Piggyback Engine Management System, apa cara nak buat?

Dulu, "otai-otai" yang main enjin turbo dah jumpa cara dia. Hanya perlu bocorkan Hose Vacuum pada MAP sensor je (seperti gambar ke 3) . Ini dibuat supaya MAP sensor tidak dapat baca Full Boost@capai 4.6 Volt semasa boosting walaupun boost sebenar dah 2 bar. Tapi cara ni ada keburukannya, Idling Enjin susah nak dapat "cun" dan respon enjin sebelum boost pun kurang.



Ada juga cara lain untuk menghilangkan boost cut ni, iaitu dengan menambah "resistor" pada signal Air Flow. Namun cara ini kami tidak mahir dalam melakukannya.

Ok, sekian sahaja tips Tuning pada kali ini, jika ada timbul sebarang persoalan sila komen di ruang di sediakan.

0 comments:

Post a Comment