Tuesday, 12 July 2016

emanage Ultimate - Change Ignition Type

Tune enjin memang menyeronokkan apabila tahu akan fungsi dan sistemnya. Kali ini saya  kongsikan "advance Function" yang terdapat pada emanage ultimate yang mana jarang orang lain kongsikan. Emanage Ultimate, selain daripada boleh mengawal Fuel dan ignition timing, ianya juga boleh buat individual Cylinder Fuel Trim, Individual Cylinder Ignition Control, Fuel Trim base on Engine Temp and Air Temp, Disable Air Flow Sensor, Change Ignition Type, Change Injector Type dan pelbagai lagi.




Untuk bahagian pertama ini, saya akan sentuh bab Change Ignition Type.

Seperti mana yang kita sedia maklum, terdapat 3 jenis Ignition.

1. Distributor

2. Group Fire / Waste Spark

3. Direct Fire (Individual Coil)


Bagi kenderaan yang menggunakan Ignition jenis Distributor atau Group Fire dan ingin upgrade ke Direct Fire, anda tidak perlu menukar ECU ke sistem Standalone semata-mata untuk dapatkan setup "Individual Coil" sebab didalam emanage ultimate ada function ini.




Ikuti Step-step berikut bagi mengubah ignition Type

1. Pastikan, semasa pasang emanage ultimate, gunakan wire dari connector C iaitu Cam dan Crank Signal bersambung dengan wire di ECU. Ini supaya emanage ultimate boleh mengesan "Trigger" enjin sebenar sama seperti ECU standard untuk menghantar signal ignition ke Individual Coil.


2. Wiring ignition in masih sama. Jika enjin anda distributor, ignition in 1 dan Out perlu tambah wayar ke 3 individual coil yang lain. ini akan menjadikan in 1 out 4. (rujuk gambar)

jika enjin anda jenis Group Fire, In 2 Out 4. anda perlu menambah 2 lagi wayar ke individual coil.
3. Pastikan anda "menambah" wayar mengikut turutan Firing order sama seperti dalam manual emanage ultimate

 pada ruangan enjin, anda pelu buat wiring Positif dan negatif (mengikut Pinout Coil) bersama-sama wayar yang "ditambah" tadi.  Di bawah ini adalah contoh diagram bagi Coil dari honda K20A






Ok, setelah selesai wiring, dalam software emanage ultimate, kita perlu memilih RPM signal Type ke "Crank Angle"



Dan dalam IGN input 1 jika distributor, input 2 jika Wast Spark. Bagi Output perlu Set 4 supaya emanage ultimate boleh hantar signal kepada Coil melalui wayar yang ditambah tadi.


RPM Signal to Meter

Apabila kita Setup Individual Coil bagi enjin jenis Waste Spark, akan timbul masalah meter RPM "tak jalan". Bagi mengatasi masalah ini, Wayar Signal RPM dari meter perlu di "Tap" kan pada wayar Crank Signal. Anda boleh rujuk wiring manual untuk mengetahui dimana wayar signal Crank. bAGI Bagi enjin menggunakan Distributor, anda boleh "Tap" kan wayar RPM pada signal Ignition IN di emanage.



Setelah wiring dan setup dalam software lengkap, sepatutnya anda boleh "start' enjin seperti biasa dengan setup Direct Fire. Tinggal lagi untuk tune Ignition Map sahaja.

OK, Selama mencuba.

Jika anda berminat untuk belajar lebih mendalam mengenai Ilmu wiring dan tuning, anda boleh sertai mereka yang telah daftar ke Professinal Tuner Skills and Development (PTSD)

Kami sudah menerima banyak pendaftaran dari warga Selatan Malaysia yang memang bersemangat tinggi untuk hadir ke PTSD. Anda juga boleh sertai mereka dengan mendaftarkan diri anda di http://www.tuneracademy.com/p/ptsd-level-1.html Ada tawaran hebat menanti anda untuk waktu yang terhad sahaja. Pastikan cepat bertindak. Jangan tunggu sehingga harga tiket naik. 

Bagi anda di Utara Malaysia, Perlis, Kedah, Peneng dan Perak, kami tak pernah lupakan anda. Professinal Tuner Skills and Development (PTSD) Perak akan diadakan di EZS Service Centre pada 22, 23 & 24 September 2017. Anda hanya perlu daftar di http://www.tuneracademy.com/p/pendaftaran-ptsd.html. Kami juga berikan tawaran hebat untuk anda tapi ia sangat terhad.

3 comments:

  1. Terima Kasih atas perkongsian ilmu... Selamat Hari Raya...

    ReplyDelete
  2. Salam tuan.kalau emanage blue leh buat x sistem single coil ni

    ReplyDelete