Friday, 8 September 2017
PTSD at ILP Jitra, Kedah
September 08, 2017
No comments
Pada 5, 6 dan 7 September 2017, telah berlangsung program bersama Pengusaha-Pengusaha bengkel Kereta dalam memahami sistem Stand Alone ECU di bawah program Professional Tuner Skills and Development. Program ini merupakan tajaan dari pihak Pejabat Mara Baling, Kedah dan progam ini berlansung di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jitra, Kedah,
Program ini berlansung dengan jayanya dan telah disempurnakan majlis penutup oleh Pengarah Mara Negeri Kedah iaitu Tuan Haji Ramli bin Deraman.
Berikut merupakan gambar-gambar sekitar program sepanjang 3 hari kursus.
Thursday, 27 July 2017
DATA LOGGING
July 27, 2017
No comments
"Without Data, You Are Just Guessing"
Hakikatnya, mata kita hanya dapat fokuskan sesuatu perkara dalam sesuatu masa. Terdapat pelbagai parameter dalam ECU yang perlu diperhatikan semasa Proses Tuning dilakukan dan adalah mustahil bagi mata untuk melihat semuanya itu.
Oleh itu, kita perlukan "perakam" (Data Log) parameter dan ianya boleh dimainkan semula bagi kita melihat parameter-parameter penting bagi memastikan semuanya dalam keadaan selamat.
Antara Parameter Penting untuk dilihat semasa proses Tuning adalah :
1. Bacaan Air Fuel Ratio
- Bila Air Fuel Ratio Meter disambungkan pada ECU / Engine Management System, kita boleh merakam berapakah bacaan Air fuel Ratio dalam setiap keadaan pemanduan. Kita boleh menganalisa data dengan lebih terperinci dan membuat perubahan pada Mapping ECU bagi mendapatkan Air Fuel Ratio yang diinginkan. Kaedah ini dapat menjimatkan masa "running enjin" kerana kita boleh "playback" apakah yang terjadi semasa enjin beroperasi.
2. Engine Knock
- Dengan melihat data log, tempat berlakunya knocking boleh diketahui dengan lebih tepat dan memudahkan kita untuk mengubah data ignition tanpa perlu meneka dimanakah "spot knocking".
3. Suhu Enjin (Engine cooling Temperature)
- Suhu Enjin biasanya akan meningkat apabila beban enjin makin tinggi dan apabila suhu meningkat, ia akan memberi kesan kepada Air Fuel Ratio dan ignition timing. Dengan melihat peningkatan suhu dan perubahan Air Fuel Ratio dan ignition timing dalam Data Log, kita boleh membuat pembetulan di Compensation Table supaya Air fuel Ratio dan tahap knocking tetap stabil dalam suhu enjin yang tinggi.
4. Suhu Udara yang masuk ke dalam enjin (intake Air Temperature)
- Suhu udara yang masuk ke enjin turut memberi kesan pada pembakaran Fuel dalam enjin. semakin tinggi suhu udara, semakin kurang effective fuel terbakar (disebabkan kadar kelembapan udara). Ianya lebih rumit jika menggunakan enjin Induksi Paksaan (Force induction) kerana apabila udara di tekan masuk ke enjin, ia akan menghasilkan suhu lebih tinggi. Dengan menggunakan Data Log, kita boleh memantau suhu udara yang masuk apabila tekanan udara (boost) yang tinggi berlaku dan membuat pembetulan di Compensation Table supaya Air fuel Ratio dan tahap knocking tetap stabil.
5. Tekanan Turbo (boost pressure)
Boost Pressure banyalk dipengaruhi oleh pergerakan mekanikal enjin. bagi mendapat performance dari turbo, kita perlu memastikan tekanan dari turbo stabil hingga ke High RPM. Dengan memantau dari Data Log, lebih mudah dikertahui adakah boost stabil dan punca boost jatuh lebih mudah dikesan adakah berpunca dari kebocoran, tuning tidak sempurna ataupun faktor turbo itu sendiri.
6. Tekanan Bahan api (Fuel Pressure)
- Tekan bahan api dari tangki sangat mempengaruhi kadar Fuel yang disemburkan oleh injector. Bilamana tekanan lemah, campuran bahan api dan udara akan menjadi "lean" dan ianya membahayakan enjin. Data ini jika di lihat dari Data Log, lebih mudah untuk diketahui adakah tekanan Bahan Api menurun atau pun stabil ataupun mengesan bahawa Fuel Pump tidak mampu menampung bekalan bahan api dan perlu menukarnya kepada "CC" yang lebih besar.
7. Battery Voltage
- Battery Voltage yang stabil memainkan peranan yang besar dalam sistem Electronic Fuel Injection (EFI). Semua komponen elektrik dalam kenderaan mengharapkan Voltage dari bateri. oleh itu, arus pengaliran voltage yang stabil sangat diperlukan. Bila mana banyak komponen elektrik digunakan dalam masa yang sama, Pembekalan Fuel oleh injector dan Igniton timing oleh coil akan turut terjejas. ini semua boleh diperhatikan dalam Data Log, dan kita boleh mengatasinya melalui Compensation Table bagi menstabilkan kadar Fuel dan igniton timing.
Sebenarnya, banyak lagi paremeter enjin yang perlu kita melihatnya bagi memastikan enjin beroperasi dengan lancar dan selamat. Namun pada post kali ini, kami memberi 7 contoh sahaja bagi memudahkan pemahaman mengenai apa itu data logging.
Bagi anda yang berminat untuk mendalami Ilmu Tune Ecu, apa kata sertai kami di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka pada 25, 26 dan 27 Ogos 2017 ini. Hanya terdapat 9 kekosongan lagi. Tempah segera melalui LINK INI
Maklumat lanjut mengenai Kursus ini, boleh lihat di http://www.tuneracademy.com/p/ptsd-level-1.html
Thursday, 1 June 2017
Program bersama Guru Kolej Komuniti
June 01, 2017
No comments
Pada 23, 24 dan 25 Mei 2017, pihak Tuner Academy telah menjalankan program bersama Guru Kolej Komuniti dalam memahami Electronic Fuel Injection System (EFI), cara memanipulasi Mapping System EFI dengan menggunakan Piggyback Engine Management System serta cara melakukan Tuning (Mapping EFI) di atas mesin Dyno. Seramai 20 orang Guru telah mengikuti Kursus ini dengan jayanya.
Dalam memahami cara ECU berkerja, pembelajaran melalui Teori semata-mata tidak banyak membantu. Ianya perlu disertakan dengan "Hands On Practical" supaya ilmu yang diterima dapat diserap dengan lebih pantas dan berkesan. Berikut adalah sorotan gambar sepanjang kursus berlangsung.
Dalam memahami cara ECU berkerja, pembelajaran melalui Teori semata-mata tidak banyak membantu. Ianya perlu disertakan dengan "Hands On Practical" supaya ilmu yang diterima dapat diserap dengan lebih pantas dan berkesan. Berikut adalah sorotan gambar sepanjang kursus berlangsung.
Monday, 22 May 2017
PTSD di Johor
May 22, 2017
No comments
Pada 19, 20 dan 21 Mei 2017, Tuner Academy telah menjalankan kursus Professional Tuner Skills and Development (PTSD) bertempat di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Seramai 20 orang peserta telah kami bantu dalam memahami Sistem Stand Alone ECU, bagaimana cara ia berfungsi, bagaimana membuat Harness dan kaedah yang digunakan semasa Tuning di mesin Dyno.
Advance Program ini mensasarkan pemilik-pemilik bengkel yang giat dalam sukan permotoran. Dalam progam ini setiap peserta dikehendaki Memasang Wiring dan Membuat Pre-Setup serta menghidupkan enjin sebagai kriteria Lulus dalam Ujian.
Bagi anda yang berminat menyetai Kursus ini, boleh hubungi kami di talian 012 541 1496
atau kunjungi http://www.tuneracademy.com/p/ptsd-level-1.html untuk maklumat lanjut.
Advance Program ini mensasarkan pemilik-pemilik bengkel yang giat dalam sukan permotoran. Dalam progam ini setiap peserta dikehendaki Memasang Wiring dan Membuat Pre-Setup serta menghidupkan enjin sebagai kriteria Lulus dalam Ujian.
Bagi anda yang berminat menyetai Kursus ini, boleh hubungi kami di talian 012 541 1496
atau kunjungi http://www.tuneracademy.com/p/ptsd-level-1.html untuk maklumat lanjut.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Untuk melakukan tuning pada enijn kereta anda, berikut adalah kumpulan software atau perisian yang sering di gunakan. Download salah satu...
-
Tune enjin memang menyeronokkan apabila tahu akan fungsi dan sistemnya. Kali ini saya kongsikan "advance Function" yang terdap...
-
Kami berkepakaran mengeluarkan kuasa kuda yang tersembunyi daripada enjin kenderaan dengan menala Air Fuel Ratio dan Sistem Ignition ...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera Entri kali ini kami kongsi bagaimana untuk setting Rotary Switch untuk di setup sesuai dengan enjin and...
-
Enjin kenderaan yang dioptimasikan bukan sahaja mampu menjimatkan minyak kenderaan malah juga boleh membantu enjin kenderaan memberikan kua...
-
Tune kereta merupakan satu topik yang menarik, namun semua itu tidak mungkin terjadi apabila proses wiring tidak dilakukan dengan betul. B...
-
Enjin Kereta berkuasa Turbo memang menyeronakkan. Makin tinggi boost makin feel dan dan makin cepat enjin mencapai kelajuan. Tapi bila b...
-
"Without Data, You Are Just Guessing" Hakikatnya, mata kita hanya dapat fokuskan sesuatu perkara dalam sesuatu masa. Terda...
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Diaharap pembaca sekalian berada dalam keadaan sihat dan ceria. Kali ini saya kongsikan cara bag...
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada kali ini, Diharap pembaca sekalian dalam keadaan sihat dan sej...
