Wednesday, 16 January 2019

Pelbagai Pilihan Piggyback System, nak pilih yang mana?


Tune Enjin sememangnya menyeronokkan apabila Result Tune "match" dengan setup enjin dan Engine Management System yang digunakan, Namun pemilihan Engine Management ini agak mengelirukan bagi sesetengah individu. Oleh itu disini saya buatkan satu "Panduan" bagi memudahkan sesiapa yang ingin mencari kesesuaian Piggyback Engine Management system dengan Setup enjin. 



Disini perbezaan Piggyback Engine Management System dibuat antara SAFC, EMANAGE BLUE , EMANAGE ULTIMATE, AEM FIC dan KKT yang mana banyak digunakan di dalam negara Malaysia. 

Sebagai contoh, sebuah kereta Wira yang menggunakan enjin 4G92P inginkan penjimatan Fuel dan sedikit power semasa Top Speed. Bagi kes ini disaran menggunakan Piggyback SAFC, ianya murah, mudah, boleh mengawal Fuel melalui Airflow dan akan dapat Penjimatan fuel dan kuasa yang dinginkan apabila di tuned dengan betul.  

Contoh yang lain pula, Wira yang menggunakan enjin 4G92P, dan ingin gunakan kenderaan itu dalam perlumbaan. Rev Limit asal pada 6700 RPM hendak dibuka ke 8500 RPM bagi mendapatkan kuasa dari modifikasi yang dilakukan, jadi kes seperti ini disaran menggunakan Piggyback jenis Emanage Ultimate ataupun KKT Compact kerana management ini ada fungsi untuk menaikkan Rev asal ke beberapa RPM yang dikehendaki.

Jadual dibawah merupakan perbandingan dari segi fungsi-fungsi yang terdapat dalam sesuatu produk. Nak guna yang mana? 
Gunalah mengikut keperluan kenderaan itu bakal ber"aksi' di kemudian hari. 

Ok, setakat ini dahulu, seperti biasa sebarang persoalan boleh ditanya pada ruang komen di bawah.


3 comments:

  1. Assalam tuan..dlm table tuan emanage blue x boleh control ignition timing utk high voltage coil. Maksudnya kalau enjin mitsubishi 4G9x yg pakai coil on plug k20 x boleh adjust la ignition ye tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. contoh enjin yang menggunakan High Voltege Coil adalah dari model enjin Campro. jika perasan Coil unit ia menggunakan jenis 2 wayar yang mana satunya adalah 12v dan satu lagi high voltage signal datangnya terus dari ECU. Jenis ini dipanggil high voltage kerana "Igniter module" built in dalam ECU.

      Satu jenis lagi adalah Coil unit yang ada built in Igniter module. Coil jenis ini biasanya datang dengan 3 pin atau 4 pin. Contoh coil adalah dari honda K20. Jenis ini biasanya boleh terus digunakan dengan mana2 management tanpa perlu tambah Igniter. Signal Low Voltage dari ECU akan terus ke Igniter (yang telah Built In dalam Coil) dan dari Igniter akan hantar High Voltage Current utk mengecas Coil seterusnya proses Spark di Spark Plug.

      Jadi untuk soalan tuan tadi, ya 4G9x + Coil K20 boleh digunakan bersama emanage

      Delete