Friday, 11 October 2019

Ohm's Law???

Tahukah anda: Basic Wiring Engine Management System is Ohm's Law

Sebut sahaja pasal wiring, anda perlu perlu tahu hukum asas ini - Ohm's Law.

Apabila berurusan dengan peralatan electronic iaitu Engine Control Unit (ECU), terdapat pelbagai input dan output daripada ECU yang mana Voltage, Current dan resistance yang perlu kita ketahui berapakah maksimum penggunaannya bagi mengelakkan ECU itu rosak akibat terlebih current.

Contoh paling mudah adalah ballast injector.
Bagi kebanyakan ECU asal (OEM) dan sesetengah Aftermarket ECU hanya boleh kawal injector yang tidak melebihi 5 Amp (current) atau dalam bahasa lainnya ecu jenis ini hanya boleh kawal injector jenis "high impedance". Resistance untuk injector jenis ini biasanya dalam 8 ohm keatas.
Melalui Ohm's law kita boleh pecahkan kiraan seperti berikut
Katakanlah Injector resistance = 13 Ohm
Voltage Battery (semasa charging) = 14 volt.
Untuk mencari nilai current formulanya adalah
Current = Voltage ÷ Resistance
14 volt ÷ 13 ohm = 1.07 amp.
Jadi nilai current adalah 1.07 amp dan selamat digunakan (tidak sampai 5 amp)
Jika kita gantikan injector itu dengan jenis Low Impedance ( biasanya resistance injector low impedance kurang dari 8 Ohm) :
Katakanlah injector resistance = 2.8 ohm
Battery voltage (semasa charging) = 14 volt
14 volt ÷ 2.5 Ohm = 5.6 amp.
Jadi current yang terhasil adalah 5.6 amp dan telahpun melebihi dari spesifikasi ecu. Ini boleh menyebabkan circuit kawalan injector terbakar yang menyebakan ecu itu rosak. Dalam kes ini, ballast / resistor perlu digunakan.
Dengan menggunakan Ohm's Law kita boleh tahu dan anggarkan apakan saiz wayar , fuse dan peralatan electronic lain yang akan digunakan sebelum kerja wiring dilakukan sekaligus dapat menyelamatkan ECU daripada sebarang kerosakan.

0 comments:

Post a comment