Friday, 24 April 2020

Re-Flash @ Re-Map


Fungsi penalaan enjin @ tuning enjin secara umumnya adalah kita mahu memastikan bahawa setiap udara yang masuk kedalam enjin di campur dengan bahan api (fuel) pada nisbah yang betul dan bagaimana untuk membakar campuran udara dan bahan api tadi dengan kadar yang tepat (Ignition Timing) bagi memastikan enjin lebih efisyen dan bertenaga serta dapat membantu memanjangkan jangka hayat sesebuah enjin.

Istilah Piggyback, Standalone, Rechip, Remap, Reflash dan sebagainya adalah merupakan "alat" dan semua itu mempunyai tujuan yang sama.

Pada kali ini, kami memilih Kaedah Re-flash @ Re-Map untuk dikongsi kepada pembaca sekalian. Reflash adalah proses untuk mengubah data bahan api, data pengaturan pembakaran (ignition timing), rev limit, launch control dan sebagainya yang telah sedia ada dalam ECU kenderaan anda.

Sejarah Ringkas

Ecu - Flash (Re-flash) atau Remap ini "dipanggil" bagi kenderaan keluaran tahun 1996 keatas. Istilah Reflash membawa maksud dalam ECU, terdapat 1 Chip (Flashable Memory) yang mana boleh diubah data melalui alat perantaraan (Interface) kemudiannya ke PC / Laptop. Ecu - Flash membolehkan kita untuk mengubah data ECU (dikenali sebagai 'Peta' atau "data operasi") dalam format yang boleh dibaca manusia menggunakan sistem berasaskan definisi XML untuk menterjemahkan data. "Data operasi" inilah yang menyimpan semua maklumat mengenai Fuel System, Ignition Timing dan pelbagai lagi operasi enjin.

Alat (Interface) yang biasa digunakan seperti COBB, EcuTek, KESS, KTAG, HP Tuners, Tactrix, EFI Live, Hondata FlashPro dan lain-lain jenama membolehkan kita mengubah "data operasi" enjin tanpa memerlukan alat sokongan lain seperti emanage, aem, unichip dan sebagainya.

Terdapat 2 kaedah yang digunakan dalam proses ini;

1) Kaedah Ecu-Flash melalui Diagnosis Port (OBD2)

2) Kaedah Ecu Flash melalui Processor (Direct Inject Processor)

Ada kenderaan yang boleh terus diubah data melalui OBD2 seperti Subaru, Mitsubishi EVO 5,6,7,8,9,10, Mitsubishi Airtrek, Honda dan ada juga yang hanya boleh diubah melalui proses Direct Inject Processor seperti kenderaan BMW, Volkswagen dan sebagainya. Ianya bergantung pada pengeluar (Interface) dan ECU yang digunakan.

Kelebihan
* Tiada potongan wayar yang dilakukan. ianya "PNP"
* Boleh mengubah data seperti Fuel Mapping, Ignition Timing, REV Limit, Speed Limit dan sebagainya
* Boleh menambah "motorsport futures" seperti Launch Control, Anti Lag, Flatshift dan sebagainya
* Menjimatkan Kos. Tidak perlu membeli system "Piggy-back"

Kekurangan
* Kaedah tuning agak leceh kerana setiap perubahan data perlu di"off"kan enjin dahulu. (tidak "real time tuning"). Data diubah semasa enjin dalam keadaan "on", setelah selesai transfer data, baru boleh Start enjin dan kemudian ambil data untuk dikenal pasti mana yang perlu diubah. Proses ini berlaku berulang kali hinggalah dapat Target yang diinginkan.
* Kurang sesuai bagi enjin "hard Modification" kerana terlalu banyak data yang perlu diubah untuk mendapatkan Tune yang baik.

Mana satu pilihan anda?

Sebagai professional Engine Tuner, kami "excited" untuk memberi "result" yang terbaik kepada pelanggan. Kami selalu memberi penjelasan mengenai pilihan yang bakal diambil oleh pelanggan. Apa jua modifikasi Enjin yang dilakukan, ianya boleh disesuaikan melalui proses Tuning. Namun terdapat "limit" bagi sesebuah ECU untuk mencapai "result" yang diinginkan.

Bagi anda yang telah ada ECU yang boleh di tune melalui kaedah Re-Flash dan Enjin anda hanya menukar ke High Flow Air Filter, Sistem Ekzos yang lebih lawas, ataupun saiz turbo yang lebih besar, Reflash adalah jawapan yang terbaik bagi enjin anda.
Namun bila anda "bermain" dengan " Bolt On Turbo" atau "oversize piston", high duration Camshaft, High Boost Engine Setup dan menggunakan Racing Fuel kami menasihatkan agar menukarnya kepada sistem Standalone kerana ianya jauh lebih mudah untuk dilakukan dan pastinya ianya menjimatkan masa Tune di Dyno nanti.

Kesimpulan.

Kaedah remap / reflash ini sesuai digunakan untuk mofifikasi ringan @ stage 1 dan stage 2 sahaja. Untuk heavy modification, standalone ecu adalah pilihan yang terbaik.
Jika anda ada sebarang persoalan berkaitan pemilihan ECU dan ECU apa yang sesuai digunakan, sila tinggalkan ruang komen, biar kami bantu bagi memilih ECU terbaik untuk setup enjin anda.

0 comments:

Post a comment