Saturday, 22 May 2021

KURSUS ONLINE TUNING

Untuk melakukan proses tune, ianya memerlukan Ilmu, Peralatan yang betul dan Pengalaman. Ianya bukan lah perkara yang susah untuk di pelajari, tetapi ianya perlu belajar dengan Kaedah yang betul bagi memahami Keseluruhan Konsep tuning yang digunakan secara meluas dalam "Dunia Tuning".

Pengalaman saya selama 8 Tahun berkecimpung dalam bidang tuning banyak membantu saya dalam melakukan proses tune kereta setiap hari. Saya bermula daripada melakukan Tuning atas dasar Hobi, yang mana proses tuned di lakukan atas jalan raya, sehingga kini saya telah memiliki kedai Performance Tuning yang mana lengkap dengan Chassis Dyno dan segala peralatan untuk melakukan kerja tuning. 


Dalam masa yang sama juga saya telah berkongsi pengalaman Tuning saya dengan ramai orang melalui Kurus-kursus bersiri yang telah diadakan hampir seluruh negeri di Malaysia.




STAND ALONE ECU - ONLINE TUNING COURSE

Namun semenjak PKP berlaku, kursus - kursus Tuning tidak dapat diadakan seperti kebiasaan. Atas cadangan dari beberapa orang bekas peserta Kursus yang lalu, muncul lah Idea dimana Kursus Tuning Online diadakan dan Ianya boleh di Akses oleh Setiap orang yang berminat untuk menceburi bidang Tuning daripada seluruh pelusuk negeri. Modul pembelajaran kursus ini diambil daripada Program PTSD Level 1, iaitu Program Advance Tuning  anjuran Tuner Academy. Bagi kursus Online, pembelajaran hanya di tekan pada proses lakukan Tuning sahaja. Berbeza dengan program PTSD Level 1 yang mana akan belajar Proses wiring dan Tuning.



ANTARA PERKARA YANG BAKAL ANDA BELAJAR

Untuk melakukan Proses tuning, perkara pertama yang perlu diketahui adalah, apakah fungsi dan kegunaan bagi setiap Mapping yang ada dalam sesebuah ECU. Oleh itu modul pembelajaran melalui video disediakan mengikut susunan supaya anda mudah memahami "Flow chart" bagaimana proses tuning dilakukan bermula daripada memahami Mapping, membuat "Base Map" , proses Tuned di Dyno hingga ke proses "Fine Tune". Dalam video ini juga anda belajar "Tips" dan "trick" melakukan tuning dengan cara yang lebih mudah dah selamat.




APA LAGI YANG BAKAL ANDA DAPAT ?

SUPPORT GROUP . Ya saya tahu proses tuned bukanlah perkara yang boleh belajar dengan hanya melihat Video sahaja. Anda perlu melakukannya sendiri, dan mengambil pengalaman tuned dari pelbagai jenis Enjin dan Management System. Sebab itu saya tubuhkan Support Group di Facebook (Private Group) bagi memudahkan anda bertanya sebarang persoalan berkaitan tuning dan anda juga boleh belajar engine management jenis lain yang turut disediakan dalam Support Group ini.


PENTING !

TUTORIAL INI DALAM BENTUK DIGITAL YANG BOLEH DI TONTON DAN DOWNLOAD MELALUI SMARTPHONE / PC. TIADA PENGHANTARAN PRODUK FIZIKAL AKAN DILAKUKAN KE ALAMAT RUMAH ANDA. AKSES VIDEO AKAN DIBERIKAN MELALUI EMAIL YANG ANDA ISI DALAM BORANG NANTI.

 

INI ANTARA PAKEJ YANG DISEDIAKAN






Perlukan Bantuan?
Whatsapp/help-ONLINE

atau


call/sms 0125411496 - Khairul