STANDALONE ECU TUNING COURSE

Untuk melakukan proses tune, ianya memerlukan Ilmu, Peralatan yang betul dan Pengalaman. Ianya bukan lah perkara yang susah untuk di pelajari, tetapi ianya perlu belajar dengan Kaedah yang betul bagi memahami Keseluruhan Konsep tuning yang digunakan secara meluas dalam "Dunia Tuning".

Pengalaman saya selama 8 Tahun berkecimpung dalam bidang tuning banyak membantu saya dalam melakukan proses tune kereta setiap hari. Saya bermula daripada melakukan Tuning atas dasar Hobi, yang mana proses tuned di lakukan atas jalan raya, sehingga kini saya telah memiliki kedai Performance Tuning yang mana lengkap dengan Chassis Dyno dan segala peralatan untuk melakukan kerja tuning. 

Dalam masa yang sama juga saya telah berkongsi pengalaman Tuning saya dengan ramai orang melalui Kursus-kursus bersiri yang telah diadakan hampir seluruh negeri di Malaysia.




STAND ALONE ECU - ONLINE TUNING COURSE

Namun semenjak PKP berlaku, kursus - kursus Tuning tidak dapat diadakan seperti kebiasaan. Atas cadangan dari beberapa orang bekas peserta Kursus yang lalu, muncul lah Idea dimana Kursus Tuning Online diadakan dan Ianya boleh di Akses oleh Setiap orang yang berminat untuk menceburi bidang Tuning daripada seluruh pelusuk negeri. Modul pembelajaran kursus ini diambil daripada Program Bersemuka iaitu PTSD Level 1, iaitu Program Advance Tuning selama 3 hari anjuran Tuner Academy yang bernilai RM 1,500.00. Bagi kursus Online, pembelajaran hanya di fokuskan pada proses lakukan Tuning sahaja. Berbeza dengan program PTSD Level 1 yang mana akan diajar Proses wiring dan Tuning.



ANTARA PERKARA YANG BAKAL ANDA BELAJAR

Untuk melakukan Proses tuning, perkara pertama yang perlu diketahui adalah, apakah fungsi dan kegunaan bagi setiap Mapping yang ada dalam sesebuah ECU. Oleh itu, modul pembelajaran melalui video disediakan mengikut susunan supaya anda mudah memahami "Flow chart" bagaimana proses tuning dilakukan bermula daripada memahami Mapping, membuat "Base Map" , proses Tuned di Dyno hingga ke proses "Fine Tune". Dalam video ini juga anda belajar "Tips" dan "trick" melakukan tuning dengan cara yang lebih mudah dah selamat.




APA LAGI YANG BAKAL ANDA DAPAT ?

SUPPORT GROUP . Ya, saya tahu proses tuned bukanlah perkara yang boleh belajar dengan hanya melihat Video sahaja. Anda perlu melakukannya sendiri, dan mengambil pengalaman tuned dari pelbagai jenis Enjin dan Management System. Sebab itu saya tubuhkan Support Group di Facebook (Private Group) bagi memudahkan anda bertanya sebarang persoalan berkaitan tuning dan anda juga boleh belajar Engine Management System jenis lain yang turut disediakan dalam Support Group ini.


PENTING !

TUTORIAL INI DALAM BENTUK DIGITAL YANG BOLEH DI TONTON DAN DOWNLOAD MELALUI SMARTPHONE / PC. TIADA PENGHANTARAN PRODUK FIZIKAL AKAN DILAKUKAN KE ALAMAT RUMAH ANDA. AKSES VIDEO AKAN DIBERIKAN MELALUI EMAIL YANG ANDA ISI DALAM BORANG NANTI.

 

Siapakah terbaik untuk menyertai program ini?

Program ini sangat sesuai bagi pengguna Stand Alone ECU (Haltech / Link G4 / MaxxECU / etc) , pemilik bengkel motorsport juga mereka yang sukakan RND serta warga "DIY" (tiada had umur).
Oleh kerana program ini adalah fleksibel dan pembelajaran melalui Video serta Support Group, ia memudahkan sesiapa sahaja mengikut kesesuaian masa anda, tidak kira dari mana sahaja!

Berapa lamakah program ini akan berlangsung?

Program ini adalah program sepanjang hayat. Video Tuning Tutorial boleh disimpan (Download) dan segala permasalahan boleh dikemukakan dalam Facebook Support Group atau terus tanya Personal dengan saya dan juga team Tuner Academy. 

Berapakah yuran untuk program ini?


Yuran program Online Tuning ini adalah RM 399.00. Namun terdapat harga Promosi diskaun RM200. Promosi ini sah sehingga 30 Jun 2021. Terdapat lagi beberapa Package Promosi yang telah saya sediakan.

Bagaimanakah cara pembayaran yuran?

Cara pembayaran yuran adalah menggunakan Bank Transfer -FPX- melalui Toyyibpay. Sila klik pada (Dapatkan Sekarang) atau anda juga boleh menggunakan akaun PayPal (Another Payment Option)

INI ANTARA PAKEJ YANG DISEDIAKAN






ANOTHER PAYMENT OPTION

PLEASE SELECT A PACKAGE
Apa Kata Mereka yang telah ikuti program Online ini...

"Alhamdulillah Facebook group ni bagus utk sy yg masih baru dalam megenali tuning ecu Dan wiring ecu. Insyallah jika sy ada masa Dan bajet sy ingin megikuti kelas tuning Dan wiring. Sy berharap tuner academy ni boleh buat video wiring ecu pula" ....  - Encik Mohd Azelyas B Dahaman 


"Program yang Sangat membantu. dlm usaha untuk memahami.."- Encik Amirul akmal bin noor jamil


"teruskan buat video cikgu..banyak lg ilmu nk belajar." - Encik mohamad khazmeir bin azizan


"Penerangan secara detail bagi setiap ecu standalone yg ada." - Encik Mohd syahiril bin samat


"Video Tuning yang sangat membantu. Harap cikgu buat lagi video lain untuk Kita lagi expert untuk seterusnya." - Encik Lim Yun heng

Perlukan Bantuan?
Whatsapp/help-ONLINE

atau


call/sms 0125411496 - Khairul

0 comments:

Post a Comment