RECHIP ECU


Istilah "rechip" ini sememangnya terkenal dikalangan peminat Honda dan Mitsubishi. Namun sejauh manakah kemampuan Rechip ini dalam proses tuning enjin? 
Fungsi penalaan enjin @ tuning enjin secara umumnya adalah kita mahu memastikan bahawa setiap udara yang masuk kedalam enjin di campur dengan bahan api (fuel) pada nisbah yang betul dan bagaimana untuk membakar campuran udara dan bahan api tadi dengan kadar yang tepat (Ignition Timing) bagi memastikan enjin lebih efisyen dan bertenaga serta dapat  membantu memanjangkan jangka hayat sesebuah enjin.

Istilah Piggyback, Standalone, Rechip, Remap, Reflash dan sebagainya adalah merupakan "alat" dan semua itu mempunyai tujuan yang sama. RECHIP adalah proses untuk mengubah data bahan api, data pengaturan pembakaran (ignition timing), rev limit, launch control dan sebagainya melalui kaedah "burn chip" yang terdapat pada ECU.

Dalam ECU, terdapat satu CHIP (EPROM - erasable programmable read-only memory) yang menyimpan "data operasi" enjin. "data operasi" inilah yang menyimpan semua maklumat mengenai Fuel System, Ignition Timing dan pelbagai lagi opeasi enjin. Untuk mengubah data itu, kebiasaanya CHIP (original ECU) ditukar kepada CHIP yang lain disebabkan CHIP yang terdapat pada ECU asal adalah jenis UV-EPROMs (memerlukan cahaya Ultra UV semasa proses "Burn" data). Chip yang bakal digantikan tidak memerlukan Ultra UV dan ianya adalah mudah untuk mengubah data berulang kali sama seperti konsep DVD jenis "writeable" . ianya sangat berguna dikemudian hari kerana kita boleh menyimpan dan membuang data untuk disesuaikan dengan setup enjin pada masa akan datang.

Secara asasnya terdapat Hardware dan software untuk melakukan proses RECHIP ini.




1. Chip Burner - untuk masuk dan membuang data yang ada dalam CHIP. Terdapat alat digunakan untuk "burn" chip ini, kaedahnya sama seperti Burn DVD. contoh brand yang ada dipasaran adalah moates, batronix, chipmaster dan pelbagai lagi. Ianya memerlukan software tersendiri untuk membolehkan kita "load dan Burn" data melalui Laptop/PC. segala data yang tersimpan dalam chip ini adalah dalam bentuk "bin file"





2. CHIP EDITOR - untuk mengubah data yang ada dalam CHIP. ianya adalah software yang digunakan untuk membaca "bin file" tadi dan akan di "convert" ke bentuk Mapping Fuel dan Ignition seperti mana yang terdapat dalam mapping tuning sistem automotif. antara Chip Editor yang ada adalah Crome, TunerPro, Neptune, Turboedit, Bre, HRED dan pelbagai lagi.





3. EMULATOR - Emulator atau Romulator adalah alat yang dijadikan "Chip sementara" bagi mudahkan proses Tune. Emulator dipasang pada tapak CHIP ECU, kemudian akan diletakkan satu Base data. Emulator akan disambung terus ke Laptop dan dari situ kita akan Tune enjin terus kepada Emulator. Sebarang perubahan data yang dilakukan akan terus save dalam emulator dan terus memberi kesan kepada Enjin. Setelah proses Wideband Tune serta Igntion Timing dilakukan, Data yang ada dalam Emulator akan di save dan akan di Burn ke CHIP yang kemudiannya CHIP itu dimasukkan semula ke ECU.


Proses RECHIP


1. MENUKAR CHIP ASAL KE PERFORMANCE CHIP - Proses ini memerlukan kemahiran "Soldering"  kerana  (Chip EPROM) yang ada pada ecu (Chip biasa yang dilakukan ini adalah jenis Chip 28 kaki) akan ditukar kepada CHIP jenis performance yang telah di tune oleh nama terkemuka seperti Mugen, Toda, Mines dan beberapa nama lagi. Selain dari proses membuka CHIP ini, terdapat lagi beberapa kompenen lain yang perlu diubah pada ECU bagi membolehkan proses RECHIP ini menjadi dengan sempurna.


2. TUNE CHIP MENGIKUT SPESIFIKASI ENJIN - Proses ini memakan masa agak lama untuk dilakukan. Selain proses menukar chip asal, ada lagi proses tuning yang perlu dilakukan dengan menggunakan perantaraan EMULATOR bagi menyesuaikan udara yang masuk kedalam enjin di campur dengan bahan api (fuel) pada nisbah yang betul dan bagaimana untuk membakar campuran udara dan bahan api tadi dengan kadar yang tepat (Ignition Timing) bagi memastikan enjin lebih efisyen dan bertenaga serta dapat  membantu memanjangkan jangka hayat sesebuah enjin.



Antara Kelebihan Rechip.
1. Rechip adalah cara paling murah dan efektif untuk mengubah data enjin. Kita tidak perlu membeli "Gadjet Lain" seperti VAFC, Emanage dan beberapa Piggyback lain untuk menyesuaikan
Fuel dan Ignition Timing sesuai dengan tahap modifikasai enjn.
2. Boleh ubah Speed Limit
3. Boleh ubah Rev Limit
4. Boleh "Disable" sensor-sensor yang tidak mahu digunakan
5. Boleh tambah Function Motorsport seperti Launch Control, FlatShift, dan sebagainya (bergantung pada ECU)

Antara Kekurangan Rechip
1. Tidak semua ECU boleh di Rechip. Bagi mitsubishi hanya ECU kod E sahaja (ECU Satria GTI, ECU EVO 1, 2, 3, dan beberapa model ECU 4G93T).

Bagi Honda pula Kod P30, P08 P27, P30, P28 dan P72.


Model lain kene lihat ada atau tidak IC CHIP 28 Kaki.

2. Proses Rechip memerlukan masa yang agak lama. ECU perlu dikeluarkan CHIP asal dan dimasukkan Tapak Chip seterusnya masukkan Chip yang telah diprogram. Bagi proses Tuning pula agak leceh disebabkan segala perubahan yang hendak dibuat perlu ditanggalakan Chip, masuk ke Burner, Edit map pada software, Burn dan masukkan semula Chip ke ECU.


Berminat untuk belajar lebih lanjut mengenai RECHIP ECU?


Kursus rechip ECU

Persediaan sebelum kursus:

Kelas rechip ni tak sama dengan kelas tuning emanage mahupun standalone, ini kerana cara komunikasi dengan ecu tidak semudah emanage ataupun haltech. Ianya perlukan alat khas, antaranya:

1. Chip Burner. Alat ini digunakan untuk program chip (eEprom) bagi membuat perubahan data kekal pada ecu.
2. Emulator. Alat ini digunakan bagi komunikasi dengan ecu supaya data boleh diubah secara "live" sepertimana tune emanage.
3. Chip (IC) kosong dan tapak Chip
4. Perlatan utk solder dan desolder ecu
5.  Peralatan tune seperti wideband afr meter dan knock sensor.

Kaedah pembelajaran:

Untuk memahami bahasa ecu tahun 1996 kebawah ini, memerlukan kita mengkaji map-map yang telahpun dibuat oleh "hacker ECU", bagaimana bentuk map fuel, map ignition, map utk rev limit dan sebagainya. Ini kerana bahasa yang digunakan dalam ecu dalam bentuk binary / heximal yang hanya betul-betul difahami oleh program ecu itu sendiri. Bagi kita yang bukan dari kalangan programmer, masih boleh mencari map2 yang ada dalam sesebuah ecu dengan panduan yang telahpun dibuat oleh "hacker ecu".

Jadi disini saya pecahkan kaedah pembelajaran rechip ecu ini kepada 3 hari.

Hari pertama :

- Matlamat Rechip, kelebihan serta kekurangannya

- Mengenali ecu yang boleh rechip, menanggalkan chip dan solder tapak chip (mitsubishi dan honda)
- Memahami bahasa ECU dan bagaimana hendak mencari map-map yang ada dalam code heximal (fokus kepada ecu mitsubishi). Software dan hardware disediakan.

Hari kedua :

- Membuat kod-kod arahan baru bagi trick launch control.

- Test ecu kod menggunakan enjin simulator dan enjin sebenar.
3. Test tune pada kenderaan sebenar.

Hari ketiga :

- Program utk tune ecu honda, apa sofware dan hardware yang digunakan.

- test tune ecu honda

Dalam kelas ini juga, saya akan berikan semua map yang telah saya dapat utk rechip ecu mitsubishi siap dengan custom map.

Untuk kelas rechip ni, yurannya RM 2,000.00

Jika mahu beli Chip, chip burner dan emulator, boleh bagi tahu saya awal, saya boleh oder awal dan boleh dapat pada hari kursus. Harganya dalam rm1500





0 comments:

Post a Comment